Sekolah Kebangsaan Simpangan, Kota Marudu

Sekolah Kebangsaan Simpangan atau nama ringkasnya SK Simpangan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Simpangan, ...


Sekolah Kebangsaan Simpangan atau nama ringkasnya SK Simpangan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Simpangan, Jalan Goshen, Kota Marudu, Sabah.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Simpangan memiliki 159 pelajar lelaki dan 144 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 303 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Simpangan adalah di antara 33 buah sekolah dalam daerah Kota Marudu yang dibina oleh penduduk kampung secara bergotong-royong pada tahun 1964 hasil cetusan ilham oleh seorang pesara polis iaitu Encik Elok bin Ampagong. Beliau telah membuat permohonan kepada Jabatan Pendidikan Sabah pada tahun 1963 dengan disokong oleh Ketua Anak Negeri Bandau iaitu Encik Awang Ali Osman.

Sementara menunggu kelulusan, penduduk kampung telah bergotong-royong membina sebuah sekolah yang diperbuat daripada kayu-kayu hutan dengan berlantaikan tanah dan beratapkan nipah untuk menampung sebilangan kecil anak-anak tempatan yang ketandusan ilmu pengetahuan.

Pada 8 Oktober 1984, berdirilah sebuah sekolah yang mempunyai dua bilik darjah dan sebuah rumah guru yang terletak di atas sebidang tanah seluas 5 ekar yang didermakan oleh Encik Ekol bin Ampagong.

Pada Januari tahun 1985, maka bermulalah Sekolah Kebangsaan Simpangan menerima murid-murid belakar dengan hanya seorang tenaga pengajar sahaja iaitu Encik Jemy Ngali Gosod yang berasal dari Kampung Tenghilan, Tuaran. Kemudian, tiga bulan berikutnya seorang lagi guru dihantar sebagai guru penolong. Bilangan murid ketika ini mula-mula dibuka hanya 84 orang lelaki dan perempuan.

Pada tahun 1971, Sekolah Kebangsaan Simpangan mendapat sebuah bangunan tambahan dengan mempunyai dua bilik darjah dan dua buah rumah guru. Pada tahun 1977, Sekolah Kebangsaan Simpangan sekali lagi mendapat sebuah bangunan sekolah dengan mempunyai 6 bilik termasuk sebuah bilik guru dan sebuah bilik guru besar.

Kehendak Ilahi telah mengatasi segala-galanya. Maka pada tahun 1980, tiga buah rumah guru telah dihanyutkan akibat air banjir besar yang melanda daerah Kota Marudu ketika itu. Sementara pada hujung tahun 1983, sekali lagi Sekolah Kebangsaan Simpangan dilanda banjir dan telah menghanyutkan dua buah rumah guru ketika itu.

Pada penghujung tahun 1998, Sekolah Kebangsaan Simpangan telah mendapat sebuah bangunan sekolah (Projek Kilat) dengan tiga buah bilik darjah. Bilangan murid pula pada ketika itu telah mencecah seramai 231 orang lelaki dan perempuan dengan dibantu tenaga pelajar seramai 18 orang termasuk guru besar dan dua orang kakitangan bukan mengajar (KTBM).

Dari tahun 1963 hingga 1998, Sekolah Kebangsaan Simpangan telah dapat membantu masyarakat yang buta huruf kepada celik huruf dan sekali gus dapat melahirkan beberapa graduan yang dapat berbakti kepada nusa dan bangsa. Kini, bermula pada tahun 1999, Sekolah Kebangsaan Simpangan telah merancang untuk meninggikan lagi taraf pendidikan di sekolah dan telah menyusun beberapa strategi jangka panjang dalam semua bidang seperti kurikulum, kokurikulum dan apa jua aktiviti-aktiviti serta mendukung Falasafah Pendidikan Negara.

Dengan bantuan serta kerjasama yang padu dari semua guru dan kakitangan, kini Sekolah Kebangsaan Simpangan telah merancang satu strategi jangka panjang yang dinamakan “WAWASAN KECEMERLANGAN 2010” yang mana ketika itu murid-murid Sekolah Kebangsaan Simpangan akan dapat menguasai sepenuhnya kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dari satu hingga tahun enam. Di samping itu, strategi ini juga dijangka sekaligus akan dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Sejarah Pentadbir
  1. En. Jammy Ali (1964 - 1967)
  2. En. Jamil Samil (1968 - 1969)
  3. En. Abd. Aziz Hj. Manggong (1970 - 1973)
  4. En. Ramlan Md. Zain
  5. En. Hassan Tamih
  6. En. Saibul Amsid
  7. En. Abd. Aziz Hj. Manggong
  8. En. Abd. Rakah Amin
  9. En. Abd. Jalil Hashim
  10. En. Shariff Namhuri
  11. En. Marin Adzim (2001 - 2007)
  12. Pn. Sapuan @ Norminah Jallah (2008)
  13. Pn. Vung Nyuk Yin @ Effie Jane (2009 - 2014)
  14. En. Ressi bin Dai (2015 - sekarang)
Visi & Misi Sekolah

Visi

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Lagu Sekolah

Bertekun Berikrar

Kami warga SK Simpangan
Melangkah ke hadapan
Prestasi ilmu kami tingkatkan
Demi masa hadapan

Mulia pekerti semangat waja
Berbakti pada nusa
Dasar Pendidikan Negara
Kami jadikan wadah

Bertekun dan berikrar
Kami tiada gentar
Pelajar, guru dan ibubapa
Sama menuju jaya

Bertekun dengan minda
Berikrar jiwa raga
Jadi pelapis pimpin negara
Berbakti dan berjasa

Jadi pelapis pimpin negara
Berbakti dan berjasa.

Alamat

Sekolah Kebangsaan Simpangan
WDT 23, 89109, Kota Marudu, Sabah, Malaysia

Telefon: 088-661272
Fax: -

Post a Comment

emo-but-icon

Fanpage Fb Sekolah

Sekolah Kebangsaan Simpangan,
WDT 23, 89109, Kota Marudu, Sabah, Malaysia.
Telefon: 088-661272

Popular

Terbaru

Komen

Logo EKSA

DASAR EKSA JPN SABAH

Bekerja secara berpasukan bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang selesa, bersih, kemas dan bersistematik agar dapat menghasilkan perkhidmatan berkualiti.

Connect Us

static_page