Penjenamaan Semula Amalan 5S

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010. Komponen utama dalam pelaksanaa...


EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu.

EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:

• Imej Korporat;
• Kreativiti dan Inovasi;
• Amalan Hijau
• Persekitaran Kondusif; dan
• Kepelbagaian Agensi.

Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA
adalah untuk membolehkan jabatan/agensi kerajaan:

A Meningkatkan imej korporat

B Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan

C Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau

D Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif

E Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan

Related

Informasi EKSA 280913796651080689

Post a Comment

emo-but-icon

Fanpage Fb Sekolah

Sekolah Kebangsaan Simpangan,
WDT 23, 89109, Kota Marudu, Sabah, Malaysia.
Telefon: 088-661272

Popular

Terbaru

Komen

Logo EKSA

DASAR EKSA JPN SABAH

Bekerja secara berpasukan bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang selesa, bersih, kemas dan bersistematik agar dapat menghasilkan perkhidmatan berkualiti.

Connect Us

item